Info Untuk Anda

Apa itu Cyst Ovari?


Makanan yang merangsaang pertumbuhan Cyst.

Bagaimana Blinq Beauty Drink dapat membantu?
Blinq Beauty Drink membantu menstabilkan hormon dan seterusnya membantu dalam proses pengecilan CYST. Kandungan Durian Belanda sangat efektif untuk melawan mengurangkan sel kanser / ketumbuhan. Kajian ini juga telah dijalankan oleh Dr. Hamid Arshad dimana Durian Belanda amat membantu dalam rawatan kanser. Beliau juga berkata ia adalah lebih baik dari kimoterapi jika diamalkan berterusan. Blinq Beauty Drink bukanlah ubat tetapi ia membantu tambahan pula dengan dengan permakanan sunnah seperti Habbatus Sauda.. InsyaaAllah...





















Kepentingan Kitaran Haid Bagi Seorang Wanita

Habbatus Sauda, Madu, Kurma & Delima yang diperkaya di dalam Blinq Beauty Drink dapat membantu menstabilkan hormon wanita. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengembalikan.kitaran haid yang normal dan InsyaaAllah akan memudahkan untuk mereka yang inginkan zuriat.  Dengan keadaan hormon yang lebih stabil anda juga akan berasa lebih sihat & bertenaga! Selain dari itu.. Blinq Beauty Drink juga banyak khasiatnya....




HORMON

Estrogen adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Sekiranya, paras estrogen dalam badan tinggi maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol.

Pada masa sama, ia juga menzahirkan sifat kewanitaan dan berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid pada setiap bulan serta menjadi kunci terhadap kesuburan wanita. Estrogen akan dialirkan oleh darah menuju berbagai jaringan sel di seluruh badan, otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain serta menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing-masing. Ini berikutan, molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ. Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Wanita berusia antara 20 hingga 29 tahun lazimnya, memiliki kadar estrogen sehingga 149 piktogram per mililiter (pg/ml) manakala wanita berusia 30-an, purata jumlahnya 210 pg/ml. Bagi mereka berusia lebih 40 tahun dan masih belum mengalami menopaus akan memiliki tingkatan estrogen, sekitar 152 pg/ml. Peningkatan estrogen seseorang wanita itu pelbagai dari sehari ke sehari bergantung kepada kitaran haidnya.

Sistem hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon dilengkapi dengan sistem kompleks yang berpusat pada otak manusia dan dikawal kelenjar pituitari bertujuan merangsang serta mengaktifkan hormon lain dalam tubuh badan. Bayi baru lahir mempunyai sistem hormon sedang berkembang dan lengkap apabila mencapai kematangan. Hormon pertumbuhan atau growth hormone (GH) memastikan anak berkembang menjadi dewasa. Jumlah hormon mencukupi membuatkan tubuh badan segar dan sihat.

Bagi dewasa pula, hormon estrogen dan progestron penting untuk wanita manakala testeron buat lelaki. Sistem hormon banyak mempengaruhi rutin kehidupan. Justeru, antara hormon yang perlu dirangsang adalah adrenal kerana ia bertindak memberi tenaga dan perasaan baik kepada kita manakala, melatonin mengawal kitaran tidur serta bertindak sebagai hormon menghalang barah. Hormon calcitonin pula menjaga paras kalsium dalam tubuh dan hormon dhea serta insulin sebagainya, mempunyai fungsi menukarkan gula kepada tenaga bahkan menjana tenaga. Hormon seperti leptin pula penting bagi menjaga sel lemak menyebabkan seseorang akan menjadi obesiti jika ia gagal berfungsi. Sementara, endorphin dan serotonin ialah bahan menyerupai hormon dan kehadirannya menjadikan otak kita cergas selalu.

Penuaan menyebabkan salur darah halus membawa zat dan nutrisi kepada kelenjar hormon menjadi kecut serta akhirnya tersumbat. Ini membawa kepada kematian sel serta hormon tidak lagi dapat di hasilkan. Ketiadaan hormon memberi kesan ketara kepada kulit dan menjadi kendur, ingatan kurang tajam, penglihatan semakin kabur malahan turut merasa tekanan emosi. Ketiadaan hormon estrogen dan progesterone menyebabkan wanita memasuki fasa menopaus kerana tiada sel hormon berdikari membuatkan mereka sering kemurungan, masalah tulang rapuh, rambut gugur, kulit berkedut, jeragat, kulit badan gatal dan kekeringan vagina serta banyak lagi. Begitu juga lelaki, kekurangan hormon testeron apabila usia melebihi 40-an mereka melalui tanda andropause di mana sering keletihan, kurang keupayaan seks, wajah murung dan perasaan menjadi tidak ceria. Ingatan juga terganggu dan mereka mula diserang masalah jantung pula.


Ada juga mereka yang diserang gejala kekurangan hormon secara berperingkat-peringkat seperti penurunan melatonin menjadikan kualiti tidur terganggu. Keadaan ini dianggap disebabkan masalah psikiatri. Ada juga antara individu mengalami tekanan perasaan dan kemurungan lalu tampil mendapatkan bantuan dengan mengamalkan ubat sakit jiwa. Kekurangan hormon calcitonin pula menjadikan tulang rapuh, ringan tidak padat serta mudah patah. Kalsium diminum tidak boleh masuk ke tulang jika tiada bantuan hormon ini.


Kelenjar hormon sensitif terdedah kepada pelbagai ancaman ejen perosak hormon yang wujud dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain-lain. Kesan hormon rosak berlaku perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula keletihan dan masalah berat badan pula menyusul. Antara bahan berbahaya seperti nonylphenol terkandung dalam pencuci racun serangga dan bahan plastik. Phthalates pula dicampurkan di dalam PVC banyak digunakan untuk pembuatan permainan kanak kanak dan perabot. Malah, logam berat seperti plumbum juga membawa bahan perosak hormon meskipun ia bahan semula jadi dalam tumbuh tumbuhan.